Esok public holiday (wesak day). Mesti ramai yang bercuti panjang since dah cuti sekolah. Mood mesti happy kan..
Dan aku...tiada kegembiraan dapat dirasai pada hari ini. Ya..inilah harinya!! Finally...
23 Mei 2013..hari terakhir aku bertugas di sini..di kementerian ini. Pagi ni, masa menunggu bas, ntah kenapa perasaan sayu tu tiba2 datang. Dalam hati ku berkata "Inilah trip terakhir ku menaiki bas rapid ni". Selama 5 tahun aku ulang alik naik bas di laluan yang sama. Pakcik dan abang pemandu tu pun aku dah kenal. Dah rapat dengan kawan2 yang naik bas sama. Kenangan beratur..berebut naik bas..berdiri dalam bas..jalan jam..semua tu aku akan ingat.
Bila masuk pejabat pulak..kesayuan tu lagi bertambah. Di sinilah penempatan pertama ku sebagai orang gomen. Inilah tempat pertama ku memperlajari selok belok perkhidmatan awam dan di sini jugalah aku me'master'kan diri ku dengan dunia perolehan. Benda yang baru bagi aku, agak kekok pada mulanya mau menghafal pekelililing yang berkaitan perolehan..tapi alhamdulillah atas bimbingan dan tunjuk ajar dari senior2 tak kira apa pangkat, aku bangga hari ini bila aku berjaya memahami dunia perolehan..huhuhu..
Bagaimanalah aku mau mengakhiri penghujung hari ini..dapatkah aku mengucapkan selamat tinggal pada kawan2 ku..berat aku mau tinggalkan tempat duduk ku sekarang ni..Ya Allah...
p/s: Belum terfikir pun keadaan di tempat baru..

3 comments:
itu baru 5thn.. sy d company skrg sdh 8thn. huhuhu.. nyway, all da best at ur new place..
Just, thanks..
Hehhe..ya 5 tahun ndak productive sudah aku..heheh..
Kak Jiej........
Scha gonna miss u la...
Dah xde senior aku nk rujuk keje nanti beb...
Jgn lupe kan aku kak..
Aku nak mohon maaf sgla kesilapan aku dan salah aku pd ko kak..
Ko byk ajar aku pasal keje..
Aku masuk keje nanti memang aku sedey la dah xde kawan aku nak sembang2..haaaa!!
Pe pun aku nak wish tahniah sebab dapat balik kg ko dan semoga lebih berjaya di tempat baru yea..
Peace!! Salam Terakhir dari SchaAriff
Post a Comment