Tuesday, April 30, 2013

Kursus Terakhir di BPPA

Haliuuuuuuuuu....

Pa khabar semua??Dah demam undi ka??Heheheh..election day kita just around the corner!! Undilah dengan bijak yer. Selamat Mengundi...

Bah aku mau cerita sikit pasal kursus teambuilding yang Jabatan aku buat last week..24 April till 26 April di D'Ambang Resort, Pekan Pahang..jauh wei...tapi memang berbaloi..

Aku attachkan gambar jak ya..bacalah caption di bawah tu..hehhe..dah tahap pemalas ni. ampun kan patik ya..heheh

 Mula2 sampai...sesi perkenalan dan pembahagian group. Aku mcm biasa dengan kak ikin mesti nak duduk depan..heheh..

 Sebelum mulakan apa2..kita buat sedikit ujian minda dulu. Bak kata fasi, nak pastikan minda dan jasad kita berada di tempat yang sama..kiranya fokus pada kursus ni lah..

 Sudah pembahagian group..kena pulak cipta nama kumpulan dan bendera kumpulan..Ini group ku, group BRAVO gitewwwwwwww...

 Gediks nak ambik picture dgan si tukang ambik gambar..heheh..

 Pembentangan kumpulan..kena explain nama pilih nama kumpulan tu, apa maksud bendera tu..macam2 lagi lah..

 Ha..ini adalah aktiviti malam..hari pertama kami. Kena masuk hutan cari check point..ada 10 check point dan setiap check point kena catat..

 Hanya berpandukan kompas dan satu lampu suluh kecik...huhuhu..ngeri wei...

 Malam yang terpaksa kami redahi...seronok memang seronok..tapi ada gak cuak di hati..nak2 lagi lalu kawasan perkuburan..huhuhu...

 Dah sampai kat starting point semula..semua sibuk tengok di kaki kalau ada pacat..heheh

 Walaupun penat..tetap posing..heheh..

 Seawal pagi...senaman dulu sebelum memulakan aktiviti hari kedua ni...lagi mencabar..

 Ini namanya senaman bunga kembang..heheh

 Hazizi..ketua kumpulan DEABAK..yang propa..hahahha...

 Fasi tengah menunjukkan cara2 pakai life jacket..

 Tengah adjust2 life jacket ikut kesesuaian dan size..heheh..

 Group Deabak yang cute..hehehe..

 Kami mulakan dengan jungle tracking dulu..jalan dalam lebih kurang 5km..

 Ha kau..redah jak..

 Kami stop sekejap untuk water confident..time ni semua kena turun ke dalam sungai tu..sungai Pahang wei..waktu ni kami kena biasakan diri dengan air dulu..testing life jacket adalah dalam 30 minit..

 Naik semula...jungle tracking lagi..dalam 10 km pulak..adohai mak..kaki den dah lenguh wei..

 Sampai di destinasi terakhir..semua sibuk tengok kaki ada pacat tak..hehe..siap ada yang meraung menangis..nak buat macam mana dik oiii...

 Kita makan dulu..sebelum memulakan aktiviti membuat rakit..

 Bahan2 untuk buat rakit...

 Fasi tengah tunjukkan cara buat rakit...first time wei..

 Aku yang pertama kali ni pun terpaksa juga mengerah tenaga untuk buat rakit kumpulan..heheh..satu ilmu baru untuk aku..

 Ha kau..kak ikin macam menjahit lah pulak..

 Group Jie Propa..tengah testing rakit yang dah siap...

 Tengah menunggu giliran untuk masuk ke dalam sungai..

 Nah..bermulalah perjalanan kami merentas sungai pahang..

 Ini baru mula dik oi..tunggu sat lagi ya...

 Opss..gambar merentas arus sungai pahang takde..(semua sibuk mendayung dik oi..heheh) Yang ini kami dah sampai ke pulau seterusnya...rehat dulu untuk memulakan aktiviti island survivor..

 Rehat jangan tak rehat...

 Kami dibahagikan tugas untuk memasak..group aku kena masak nasi..masak kat buluh..hehhe..

 Group ni masak sardin..

 Group ni masak telur dadar..

 Dan group ni masak ayam panggang..heheh..kata island survivor..ghegege..semua bahan disediakan oleh fasi..cuma masak jak..hehhehe..tapi kami dapat masak sayur pucuk paku..yang dipetik oleh akak senior..heheh..

 Ini aktiviti di malam hari pulak..selepas pulang dari berakit..penat tak hilang lagi time ni.Rasa malas jak nak hadir..tapi mengenangkan dah di bayar..rugi wei..heheh...time ni kami disuruh untuk mencipta gaya untuk Puteri, Panglima dan Singa..

 Kelas ko jah..group tengah bincang ko pulak sibuk ber'peace'..hehe..

 Ha, dah mula dah aktiviti berlawan..barisan kami menang..heheh..

 Dan malam tu juga kami dikerah untuk menggunakan otak..heheh..newpaper tu kena diterbalikkan tanpa kaki kami terkeluar dari suratkhabar tu..errrr..mcm mana nak explain??tengok jak lah..hehhe

 Group zamri menjadi juaranya..dengan mencatatkan dibawah 5 saat, dorang dapat terbalikkan newspaper tu dan dapat lah rm50..heheh..

 Hari terakhir...senaman lagi...kali ni, perempuan jak..lelaki semua masih diulit mimpi..heheh..

 Time makan..makan kat sini sedap!!!lepas tu kita kena basuh pinggan yang kita guna..best lah wei..

 Dan selepas makan, kami teruskan dengan Menara Paip kami..ini adalah bahan2 yang digunakan..

 Penerangan daripada fasi..so far yang cipta rekod adalah 21 batang paip..

 Ketua projek yang telah dilantik tapi...pemalu sangat..sudahnya, ramai pulak jadi projek manager..hehe

 Bincang lagi...mulanya kami tak berjaya..last2 kami berjaya mendirikan menara paip kami dengan 14 batang paip..ok lah..

 Last aktiviti...sebelum balik kita bergambar dulu..time ni nak serahkan bendera kumpulan...

 Sementara menunggu TSUB KP sampai, kami buat aktiviti ringan dulu..passing bola tennis ke orang sebelah tanpa menggunakan tangan..peluk lah cara nya...hehhe

 Kak ikin ngan kak lim..mcm anak beranak pulak dah..heheh

 Time to go home, selepas makan tengahari..ucapkan selamat tinggal kat fasi...

Nah..itu lah cerita kami. Berkursus teambuilding..di ambang resort Pekan Pahang. Best!!!Walaupun penat tapi memang berbaloi. Dan pastinya, ini adalah kursus terakhir aku bersama BPPA..aku pasti merindui dorang semua..uwahhh..satu kenangan yang terindah buat aku!!!

Oh..aku recommend kan program ni untuk semua!!Cubalah..banyak lagi aktiviti yang dorang buat.

 

No comments: