Adoiiiiii...lama sungguh aku ndak meng'update' ya.
Sebelum aku menaip dengan lebih panjang, meh aku tunjukkan aktiviti terkini ku..
Yezza..game coin dozer yang dah jadi kegilaan ku tuk main..tapi apa leh buat that device is not mine..heheh..so main time kat ofis jak lah...aku saja snap photo ni sebab angka kat penjuru kiri menunjukkan 1511..nah tarikh birthday ku bah tu...heheheh...hint awal2 bah
Oh..projek baru kan..lupa pulak..(cett..saja jer kan bikin panas..hehe). Semenjak dua menjak ni, semangat memasak ku dah datang balik. Cooking lah..baking lah..sedap tak sedap tu belakang kira..heheh..dan aku cuma mampu snap guna hp jak, sedih wei..mcm mana nak simpan kenangan mcm ni. tapi ndak pa lah, hp pun hp lah.
Baru2 ni aku bawa cupcakes ke ofis. Dah addicted pulak buat cupcake ni..resepi???apa lagi..godek2 dari blog kawan2 lah..minta izin ya puan2..
First aku buat banana walnut cupcake..first attempt so nampak tak menjadi lah..aku agak sukatan ku ndak betul. tapi rasa boleh diterima lah juga..heheh..nanti nak try lagi, nak improve.
Then the next day tu, aku bawa pulak Choc Cupcake. first try juga. Rasa..not bad!! Siap ada tempahan lagi..hehe..kali ni bawa ke ofis, semua org kat unit aku boleh rasa..sebab adunan tu, boleh dapat dalam 24 cup. Kali ni aku guna penimbang Kak Lim (pinjam okey..heheh). So puas hati dengan hasilnya..
Balik kerja hari ni..aku memulakan operasi lagi..esok (Jumaat) aku kena bawa 50 biji Choc Almond tu yang ditempah oleh Hazizi (thanks Zi..sebenarnya aku ndak yakin pun mau jual, tapi dek kena paksa..huhuhu) dan Oreo Cheesecake untuk majlis farewell esok. Agak2 mcm mana rupa aku malam ni yer??? Esok aku snap pictures ya. nantikannnnnnnnn....(cett..ayat sungguh propa)

1 comment:
jual je..heheheh
Post a Comment