Aku tetiba jak dapat idea mau meng'post' gara2 menjenguk pic yang abg aku upload di fb nya..tertarik hati ini untuk menceritakan kat korang semua pasal kampung halaman ku..opss..ndak da halaman pun..sebab tgal atas air..heheh
Ya kawan2 sekalian, umah aku di sandakan tu betul2 terletak atas air laut..merasa lah pasang surut air tu, dan mcm tu juga lah pasang surut nya kehidupan ku..cehhhh, nak bermadah2 helah kunuk..heheh..
Kampung aku diregisterkan under nama Kampung Sim-Sim. Sebut jak nama kg aku, semua org tau nak gi sana cuma org akan tanya.."Jambatan berapa?"..hhehhe..sebenarnya kampung aku ni besar sangat. Bilangan jambatan jak dari Jambatan 1 sampai lah Jambatan 23. (aku kat Jambatan 17..heheh). Lepas tu ada pulak Sim-sim Rumah Murah (ah yang ini mostly kaum cina yang stay), ada pulak Sim-sim Rumah Flat (heheh..dah tentu2 rumah flat dibina di sana), ada pulak Sim-sim Sawmill (sebabnya lokasi rumah2 nya yang dekat ngan kilang papan tapi itu dulu, skrg dah takde dah sawmill tu, tapi still melekat nama tu) dan last sekali Sim-sim Kampung Pisang (heheh..of coz banyak pokok pisang di sana) oh ya, kampung aku ada pasar..hahaha..jakun kan..
Nah dah start pening kan..ndak pa, ingat JAMBATAN 17 jak..hehe
Bah, marilah layan pic2 yang abg aku ambik ni..yang aku rasa menarik sangat pasal kampung ku..gegegeg
Abg aku saja nak bagi sentimental environment..hehe..motor jiran aku ni...
Di kampung ku ni, budak2 suka sgt mandi laut. Laut kat bawah rumah tu ibarat swimming pool kitaorang. Kalau korang tanya aku "pernah mandi laut ke?", aku mengaku..heheh..time budak2 dulu mana reti malu2 ni..bila tengok jak air laut tu jernih, bersih..dushhhh..terjun ko kiah...
Kiranya siapa yang tak reti berenang, memang bukan budak sim-sim..heheh..dan kadar kekerapan budak2 jatuh dalam air pun boleh tahan. Bagi kami kalau dah jatuh air laut tu, sah lah dia menjadi penduduk sim-sim..hahaha..passport gitu.
Ni..siapa yang paling banyak buat pusingan badan..kira dia terer lah..aku tak capai lagi tahap ni..hehe..paling cun pun, masukkan kaki dulu, baru jatuhkan badan..
Dan kegelapan kulit amatlah tinggi ya adik2..jan terkejut tengok wajah budak2 ni..takde maknanya nak pakai sun block bagai..terjun sudahhhhhh..
Pool kitaorang takde divide2 ikut jantina..pompuan lain, lelaki lain..ndak da ah!!!semua campur..hahah..open katanya..
Sekarang ni jambatan kitaorang dah tukar ke simen..so tak de lah lagi meniti papan2 tu..kalau masih ada, aku cabar korang jalan atasnya..heheh..aku pun pandai gak berdebar2 nak jalan atas jambatan papan tu...uikss..dengan berat badan yang sungguh melatopss ni, dapat rasa lah gegaran jambatan tu..hahah
Dan banyak2 pic yang abg aku ambik tu kan, pic di bawah ni lah yang menarik hati aku bak magnet gitu. Sebenarnya, sepanjang aku membesar di kampung ku tu, belum pernah lagi aku nampak aktiviti penjualan BENDA ni. Sampai aku tanya lah abg aku, apa benda ni. Rupa-rupanya itu adalah ais..ais yang dimampatkan dan dicurahkan sirap serta susu..lebih kurang ABC lah..
Time raya tu..mati2 lah aku menunggu pakcik yang jual benda ni..tapi hampehhhhhhhh...tak pernah ada..nak juga lah aku merasa kan
Tengok gambar jak lah ya kawan2..
Gilak lah kalau tak terliur tengok anak2 buah aku bersusun makan benda ni..heheh...
Dan aktiviti utama ku bila balik kampung (seperti mak aku juga)...buat manicure dan pedicure.Tak payah gi kedai kuku, just call auntie tu, dan dia akan datang ke rumah. Biasanya mak aku simpan few numbers auntie2 ni..senang dia kata.so mana yang tak sibuk tu boleh lah datang ke rumah. Satu pasang tangan, dorang cas RM10. kalau sekali ngan kaki dorang cas RM30..tapi kalau mak aku, dia bagi RM20 jak ($10 kaki, $10 tangan..heheh)
So sajalah aku ended kan story kampung ku ni ngan pic mak aku yang kesiokan sampai tertidur2 bila buat manicure..aku pun serupa gak..zzzzzzzzzz
Ok lah kawan2..inilah kisah kampung ku..KAMPUNG AIR..heheh...aku sudi jak nak bawa korang ke sana.
















5 comments:
Smpai sudah ko xbwk aku p sana kak oii..
Bah jom lah..ajak si oreo sekali..hihihi..jambatan akak kan dah simen..kuikuikui
suka entry kak jijah ni... :) musti tak saba nak balik kg kan? hmm..
Za..thanks for like it..
Mestilah za..akak hari2 rindu kat kg akak..akak kan budak kampung..hehe
Meh jom gi kg akak..kg atas laut..hehe
za mmg merancang nak gi sabah... insyallah.. kalu ade rezki sampai la za kat kg laut.. heee... tingin nak terjun lam air tu! tp tak pandai berenang.. hahaha
Post a Comment