Alhamdulillah..hari ni (15 Feb) genaplah 5 tahun aku memegang gelaran orang gomen..heheh..masih teringat mcm mana aku sendirian menguruskan hal-hal lapor diri di putrajaya pada tarikh ini 5 tahun yang lepas. Walaupun aku pernah menjadi pelajar di bumi semenanjung suatu ketika dulu, tapi bila kembali semula ke sini aku totally blank. Bukan apa, terfikir mana aku nak stay, mcm mana nak pi tempat kerja nanti..mcm2 lah yang ada di fikiran ku waktu itu. Mau lagi Putrajaya, nama yang baru buat aku. Tapi itulah, aku bersyukur kerana aku boleh settle kan semuanya sorang diri.
Dan 5 tahun juga aku di jabatan yang sama sejak aku mula melapor diri. Sebab itu aku rasa, sudah tiba masanya untuk aku bertukar merasa angin perubahan yang baru. Permohonan bertukar keluar pun sudah ku isi..tinggal menunggu jawapan JPA..sabar lah..
Pengalaman bekerja di sektor swasta sentiasa diingatan ku. malah adakalanya aku terasa macam mau kembali ke pejabat lama..hehehe..aku harap lepas ni di tempat baru aku dapat buat kerja-kerja perkhidmatan dan pentadbiran sebab aku sudah terlalu rindu untuk menginvolvekan diri pada dunia HR. Waktu belajar lagi aku memang sudah di dalam bidang HR, sampailah ke practicle dan bekerja.
Urghh..apa2 pun Happy 5th anniversary to me. Semoga aku akan terus maju dalam perkhidmatan awam ini dan tidak lupa pada aku janji yang telah ditandatangani..insyaAllah...
SYMP

